Wajah Layla di Times Square, New York

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas wajah Yuna menghiasi papan iklan digital terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS), kini tiba giliran seorang lagi penyanyi Malaysia, Layla Sania mendapat peluang keemasan itu.

Wajah Layla dipaparkan bagi mewakili penyanyi dari Malaysia dan Singapura dalam kempen EQUAL yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

Foto Layla dipertontonkan pada papan iklan digital itu pada 20 Julai (waktu tempatan di New York).

Melalui kempen EQUAL, 35 senarai main (playlist) tempatan mewakili artis dari lebih 50 negara dikategorikan.

Selain itu, ‘playlist’ mewakili EQUAL Global Terbaik juga dipaparkan mewakili muzik dari artis sejagat.

Layla atau nama penuh, Layla Sania Khairuzikri bersyukur diberi peluang menjayakan kempen EQUAL.

“Ini sangat bermakna bagi karier nyanyian saya… Tidak pernah membayangkan melihat diri sendiri dipaparkan pada papan iklan digital itu sama seperti Yuna dan barisan artis antarabangsa lain,” katanya.

Layla berterima kasih kepada Spotify atas peluang keemasan itu.

“Saya amat terharu dan berharap ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita lain. Kita ada kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kira siapa diri kita dan di mana sahaja kita berada.

 

Layla melancarkan single dalam bahasa Mandarin berjudul By Your Side, Januari lalu. Foto IG Layla Sania
Layla melancarkan single dalam bahasa Mandarin berjudul By Your Side, Januari lalu. Foto IG Layla Sania

 

“Terima kasih kepada peminat yang setia memberi dorongan. Tidak ketinggalan rakan media yang menyokong kerjaya saya sejak mula,” katanya.

Penyanyi berusia 19 tahun naungan Warner Music itu adalah bekas pelajar di SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur dan terkenal dengan kemampuan menyanyikan lagu Mandarin.

Layla melancarkan single pertama dalam bahasa Mandarin berjudul By Your Side, Januari lalu.

Layla pernah muncul dengan dua single dalam Bahasa Malaysia berjudul Lakaran pada Mac tahun lalu dan Que Sera Sera pada 2019.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat