Tuduhan Melampau, Ebit Lew Buat Laporan Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

“Semenjak di Mesir lagi bermacam ujian dan tekanan yang datang. Orang yang kenal akan tahu, saya tak balas dan akan diamkan. Tapi semenjak Caprice live dan hari ini isu Nadir yang viral. Bila anak, isteri saya menangis tanya saya kenapa, termasuk ahli keluarga dan team semua.

“Saya tak pernah keluarkan kenyataan, tapi hari ini saya ke balai untuk buat laporan polis kerana menggangu dan menyedihkan. Saya nak menafikan semua tuduhan fitnah dan tidak berasas.

“Wallahi. Semua tuduhan saya serahkan kepada peguam. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan jawab tentang semua tuduhan.

“Jadi laporan hari ini nama yang saya sebut, Nadir, Caprice dan sesiapa yang kongsi kenyataan berkenaan saya telah berikan nama nama tersebut.

Menjawab soalan wartawan mengenai pelbagai kenyataan mengenai sumbangan, dan siapa disebalik misi Gaza ini, beliau dengan tegas memberitahu akan menjawab segala persoalan dalam masa terdekat.

“InsyaAllah masa terdekat, mungkin esok. Saya sedih betul-betul sedih. Saya bukan orang jenis bergaduh. Sepatutnya orang yang tuduh keluarkan bukti, tapi tak apa saya akan keluarkan bukti semua sekali. InsyaAllah,” katanya.

Peguam yang mewakili Ebit Lew turut menjelaskan bahawa setiap hantaran di media sosial kini dalam pemantau dan akan diambil tindakan jika sabit kesalahan.

“Kita buat laporan 2 tujuan untuk jalankan siasatan, jika wujud unsur fitnah berbentuk jenayah. Kita juga buat kerana untuk asas tindakan sivil mana-mana pihak yang masih tegar memperkatakan perkara ini atau mengulang siar, kita akan bawa defendan dan mulakan tindakan sivil.

“kita akan juruskan benda ini kepada defendan yang benar benar tegar yang mahukan satu forum yang berlangsung di mahkamah. Kita akan seret mereka ke mahkamah proses undang undang”

“Kita akan tinjau apa yang berlaku ig live malam ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat