199 Kematian Akibat Covid-19 Hari Ini, Tertinggi Setakat Ini – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 199 kematian dilaporkan hari ini, angka tertinggi dicatatkan sejak pandemik ini melanda negara sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 sebanyak 7,440 orang, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, beliau memaklumkan kematian itu melibatkan 84 orang di Selangor, Kuala Lumpur (57), Melaka (16), Kedah (12), Negeri Sembilan (tujuh), Johor (enam), Pahang (enam), Terengganu (tiga), Pulau Pinang (dua), Perak (dua), Kelantan (dua) dan masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak.

“Jumlah individu yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini 927 orang dengan 459 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Jumlah kes sembuh dalam tempoh 24 jam lepas adalah 7,902, menjadikan jumlah kumulatif 806,857 kes manakala kes aktif kini sebanyak 137,587 kes,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat