Individu Tiba Di KLIA Buang Tag Covid

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Sikap rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan enggan patuh arahan kuarantin semakin membimbangkan.

Jika semalam tular seorang wanita pertengahan umur yang memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19 sedang makan di restoran di Perak, muncul sebuah lagi foto tag merah ditemui atas lantai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penasihat khas kepada perdana menteri Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkongsi foto, dipercayai tag yang dibuang individu yang baru pulang dari luar negara.

“Dah jadi makin teruk. Seseorang memotong gelang tangan di lapangan terbang,” catat Dr Jemilah di Twitter.

Foto itu memaparkan gelang berwarna merah jambu tertulis “KLIA 20.7.20” dengan kapsyen: “baru nampak orang post kat Facebook pasal makcik pakai benda ini pergi makan, yang pergi buka dan buang ini pula macam mana? Tarikh hari ini pula di balai ketibaan KLIA lagi.”

Rata-rata warga maya di ruangan komen bimbang dengan keadaan itu, namun ada juga yang bersangka baik dengan mengatakan ia terjatuh secara tidak sengaja.

Ada juga yang menyarankan kerajaan mencipta alatan lebih canggih dengan meletakkan alat peranti GPS bagi memudahkan mengesan individu yang perlu menjalani kuarantin.

“Lepas ini letakkan nombor siri atau kod QR pada gelang penanda itu dan dipadankan dengan data senarai individu yang perlu kuarantin wajib.

“Bila jadi kes sebegini mudah nak kesan siapa pemilik gelang tersebut,” catat pengguna Twitter @JexMX7.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak semalam mencari wanita yang gambarnya makan di sebuah medan selera di Bandar Meru Raya di Ipoh kerana melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kes positif Covid-19 semakin meningkat apabila 21 kes baru direkodkan semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam juga bimbang dengan kewujudan 13 kluster jangkitan Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Antaranya ialah kluster restoran di Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada individu yang pulang dari luar negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat