PMO Akui Terdapat Kesilapan Dalam Perutusan PM Semalam

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menjelaskan bahawa beberapa butiran yang disebut dalam perutusan khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang disiarkan secara langsung di televisyen, semalam mempunyai beberapa kesilapan.

Ini termasuk jumlah bantuan kewangan kepada pemandu pelbagai pengangkutan awam.

Kesilapan berkenaan – semuanya membabitkan pemberian bantuan kerajaan susulan penularan wabak Covid-19 – adalah seperti berikut:

– Bahawa “1.4 juta” pemandu e-hailing menerima wang tunai RM500, berjumlah RM10.4 juta.

– Bahawa “477,000” pemandu teksi, bas dan pelancong menerima wang tunai RM600, berjumlah RM28.8 juta.

– Bahawa “834,000” perniagaan dan “6,7 juta” individu telah mendapat manfaat daripada skim bantuan subsidi upah.

Angka sebenar, menurut PMO, adalah:

– 68,336 pemandu e-hailing, menerima elaun tunai RM500 berjumlah RM34 juta.

– 37,127 pemandu teksi, pemandu pelancong dan pemandu bas pesiaran, menerima elaun tunai RM600 dengan jumlah keseluruhan RM22.2 juta.

– 313,000 majikan dan 2.5 juta pekerja mendapat manfaat daripada skim subsidi upah.

Semalam, Muhyiddin dalam perutusan khasnya memberikan maklumat terkini mengenai usaha kerajaan untuk menyuntik wang ke dalam ekonomi dan memperingatkan rakyat agar tidak lalai dalam mengambil langkah-langkah untuk mencegah penyebaran Covid-19.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mengakui terdapat angka yang tidak tepat yang disebutkan oleh Muhyiddin dalam perutusan khasnya semalam ketika sesi Dewan Rakyat sebentar tadi.

Ia berhubung jumlah inisiatif bantuan terhadap pemandu pengangkutan awam.

“Mengenai nombor yang dipetik tadi dari ucapan yang amat berhormat perdana menteri, ada nombor yang kurang tepat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian apabila Saifuddin Nasution Abdullah (PH-Kuli Bandar Bharu) bertanya mengenai angka yang tidak tepat dalam ucapan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat