Batal Larangan Perjalanan, Biden Dapat Sokongan Muslim-Amerika

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Bercakap dengan kumpulan Muslim-Amerika, Biden mengulangi janji untuk membatalkan larangan perjalanan Donald Trump pada ‘hari pertama’.

Beberapa tokoh politik/komuniti Muslim Amerika yang terkemuka, mengesahkan Joe Biden sebagai presiden dalam surat yang dikeluarkan oleh Emgage Action sebelum sidang kemuncak dalam talian mereka pada hari Isnin yang turut membarisi calon calon Demokrat bersaing untuk jawatan Presiden.

(Biden secara rasminya belum lagi dipilih mewakili Demokrat dalam pemilihan Presiden Amerika November nanti, tapi beliau setakat ini adalah calon yang hampir pasti).

Antara yang menandatangani surat itu ialah Anggota Kongres Minnesota, Ilhan Omar, Peguam Negara Minnesota, Keith Ellison dan Anggota Kongres Indiana, Andre Carson, kesemuanya Demokrat.

Omar, salah seorang wanita Muslim pertama yang terpilih ke Kongres, berkhidmat sebagai pengganti berprofil tinggi untuk Bernie Sanders sebelum dia keluar dari persaingan presiden pada bulan April – menjadikan sokongannya kepada Biden berpotensi untuk membantu bekas naib presiden itu – yang berusaha untuk mendapatkan sokongan pengundi Muslim untuk pilihan raya Presiden nanti.

Surat itu bertepatan dengan sidang kemuncak yang diberi judul Emgage Action, “Million Muslim Votes”, yang memberi penekanannya kepada peningkatan jumlah pengundi Muslim pada bulan November. Biden akan berucap dalam perhimpunan itu pada hari Isnin.

“Kehadiran Joe Biden tidak hanya berfungsi untuk menggembleng orang-orang Muslim Amerika untuk keluar mengundi November nanti, tetapi untuk membayangkan penglibatan komuniti Muslim-Amerika di bawah pemerintahan Biden nanti,” kata Wa’el Alzayat, CEO Emgage Action

Kami menjangkakan pentadbiran Biden akan menyediakan platform untuk komuniti Muslim Amerika berbincang mengenai isu-isu yang mempengaruhi kami, mewakili kami dalam pentadbiran dan dalam rundingan pembentukan dasar”.

Surat pro-Biden dari pejabat wakil rakyat berbangsa Muslim-Amerika, menolak sejumlah dasar domestik dan antarabangsa Presiden Donald Trump, termasuk larangan pentadbirannya terhadap pelancong dari beberapa negara yang didominasi Muslim dan penarikannya dari perjanjian nuklear Iran – AL Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat