Pemilihan Presiden Amerika: Biden Jauh Di Depan Trump

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Calon parti demokrat dalam pemilihan Presiden 2020, yang juga bekas Naib Presiden kepada Barack Obama, Joe Biden, mendahului Donald Trump dari Republikan – jauh di depan dalam satu tinjauan pendapat yang dilakukan oleh CNN.

Biden memperoleh 52% sokongan di kalangan pengundi berdaftar, dan hanya 40% menyokong Trump.

Pengundian merangkumi lima tinjauan melalui telefon nasional terkini untuk mengukur pandangan pengundi berdaftar. Pungutan suara ini dilakukan ketika kes koronavirus di Amerika terus meningkat, sedangkan Presiden berpendapat bahawa keadaan masih terkawal dan meminta pembukaan semula ekonomi dan sekolah sepenuhnya.

Wabak ini nampaknya memberi Biden kelebihan besar dalam pemilihan Presiden akan datang dengan undian baru-baru ini menunjukkan pengundi memilih pendekatan yang dicadangkannya dalam menangani wabak ini.

Hampir 3 dari 10 (29%) pemilih dalam pungutan pendapat Fox News (media pro Trump) yang dikeluarkan pada hari Ahad mengatakan bahawa coronavirus adalah masalah paling penting yang dihadapi negara ini, mengatasi isu-isu lain.

Lima belas peratus responden mengatakan ekonomi adalah masalah terpenting dan 10% mengatakan masalah itu merangkumi hubungan kaum, isu bangsa dan polis.

Majoriti tinjauan yang dikeluarkan mendapati, rakyat Amerika secara keseluruhan mempercayai Biden berbanding Trump dalam menangani wabak coronavirus. Lima puluh empat peratus mengatakan mereka mempercayai Biden sementara 34% mempercayai Trump, kelebihan 20 mata, menurut tinjauan Washington Post-ABC News.

Persetujuan rakyat Amerika Syarikat tentang cara Trump mengendalikan wabak coronavirus juga menurun kepada 37% berbanding 59% tidak setuju, menurut tinjauan NBC News / Wall Street Journal minggu lalu. Pada bulan Jun, 43% pengundi bersetuju cara Trump menangani wabak itu, sementara 55% tidak setuju.

Tinjauan pendapat dikalangan pengundi adalah lumrah dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Untuk berlaku adil, dalam pemilihan 2016, calon Demokrat ketika itu, Hillary Clinton turut mengatasi Trump antara 5-9 mata berbanding Trump, tapi diakhirnya Trump juga menang dengan majoriti tipis di beberapa tempat yang sepatutnya dimenangi Hillary berdasarkan tinjauan pendapat.

Bagaimanapun kali ini,calon Demokrat mengatasi Trump dengan majoriti yang lebih besar – melebihi 10 mata sehingga timbul pertanyaan baru-baru ini, adakah Trump perlu menarik diri dari pemilihan Presiden November nanti? – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat