Afjets beri Search tujuh hari

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Syarikat Afjets Sdn Bhd (Afjets) memberikan tempoh seminggu kepada kumpulan rock, Search menyelesaikan pembayaran tuntutan ganti rugi khas berjumlah hampir RM500,000 kepada syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amrul Nizar Anuar ketika dihubungi berkata, pihaknya memberikan tempoh berkenaan sebelum membawa bukti hutang itu ke Jabatan Insolvensi Malaysia bagi menjalankan siasatan.

“Kami meminta untuk membuka siasatan dan meneliti ke mana mereka menyalurkan keuntungan yang diperoleh daripada konsert yang mereka anjurkan baru-baru ini. Kenyataan ini dibuat selepas duduk berbincang dengan peguam kami,” katanya kepada Harian Metro.

Afjets adalah syarikat yang sepatutnya menaja dan menganjur Konsert Search 35  Tahun yang dirancang untuk diadakan pada 2016 tetapi kemudian dibatalkan oleh anggota kumpulan rock itu.

Susulan pembatalan siri konsert terbabit, Afjets mengambil tindakan mahkamah terhadap kumpulan Search.

“Tuntutan ini dibuat kerana ingin perkara ini diselesaikan dan diuruskan dengan betul. Malah, saya sendiri belum membuat tafsiran untuk ganti rugi am konsert yang dibatalkan itu.

“Sebenarnya dalam perjanjian sebelum ini sudah ada kata putus berhubung perancangan konsert,” katanya.

Pada 18 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tiga anggota kumpulan Search iaitu Nasir Daud, Noordin Mohd Taib dan Hamzah Mohd Taib (Kid) membayar hampir RM500,000 sebagai ganti rugi khas kepada Afjets kerana melanggar perjanjian berhubung pembatalan konsert mereka.

Afjets juga diputuskan berhak untuk menerima ganti rugi am yang belum ditaksirkan yang dijangka tidak kurang daripada RM1 juta.

Atas nasihat peguam, Afjets tidak mengemukakan tindakan terhadap penyanyi asal Search, Suhaimi Abd Rahman atau Amy pada masa itu kerana beliau sudah muflis. Afjets juga difahamkan ketika ini, Nasir yang juga pemain bass turut muflis.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat