Jessie J alami bengkak tekak, sedih tak boleh nyanyi

- Advertisement -

PENYANYI, Jessie J berkongsi mengenai nodul atau bengkak yang muncul di tekaknya hingga mengganggu kemampuan nyanyiannya.

Dalam perkongsian di Instagram itu, Jessie kelihatan beremosi dan amat sedih dengan situasi yang dihadapinya.

“Saya diminta oleh pakar terapi saya untuk menghantar video menyanyi, jadi, dia dapat mendengar apa masalah suara saya.

“Lagu pertama yang saya nyanyikan adalah I Want Love. Bila saya dengar sendiri rakaman nyanyian itu, ada rasa perit yang membuatkan saya sendiri menangis,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mampu lagi menyanyikan lagu itu disebabkan kesakitan yang dialami itu.

“Betapa teruknya bila tak dapat menyanyi. Ia (nyanyian) adalah hidup dan kebahagiaan saya. Saya tak pandai menjadi seorang yang tidak banyak bercakap dan rasa seperti bukan diri saya,” katanya.

Dari situ, dia merasakan bahawa dia perlu jujur kepada dirinya dan juga peminat, sekali gus berkongsi mengenai situasi yang berlaku kepadanya.

“Dengan berterus terang, mendapat sokongan dan kasih sayang anda semua, saya yakin mampu melalui dugaan ini secepat mungkin.

“Saya sentiasa berterus terang walau sesukar mana pun sesuatu keadaan. Saya perlu jadi kuat, walaupun kuat untuk mengakui kelemahan saya lebih-lebih lagi di platform ini,” katanya.

Sekitar Februari lalu, penyanyi lagu Price Tag itu berkongsi mengenai beberapa tanda-tanda awal apabila mula rasa perit di bahagian tekaknya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat