Negara Kaya Bolot Vaksin, Rencat Usaha Malaysia – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tindakan negara kaya seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) membolot bekalan vaksin Covid-19, menyebabkan negara lain termasuk Malaysia lambat menerima bekalan itu hingga menjejaskan usaha mempercepat kadar vaksinasi kepada penduduk,” kata
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk membandingkan kadar vaksinasi di negara ini dengan negara berkenaan yang membeli sejumlah besar vaksin pada peringkat awal secara pukal.

“Sebagai contoh, Hungary adalah sebahagian daripada EU dan EU berunding dengan pembekal vaksin secara pukal dengan kuasa beli mereka, selain kilang mengeluarkan vaksin juga ada di Eropah.

“Jadi, mereka membolot vaksin lebih awal lagi, sedangkan negara di Asia termasuk Jepun yang sudah maju pun sangat terkebelakang berbanding Eropah, AS, United Kingdom dan Kanada, serta negara Amerika Selatan yang menerima banyak bantuan daripada AS,” katanya memetik Berita Harian di Putrajaya, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika menjawab soalan mengapa kadar vaksinasi Covid-19 di negara ini lambat, berbanding negara seperti Hungary yang boleh membenarkan puluhan ribu penonton menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium mereka selepas sebahagian besar penduduk negara itu sudah menerima vaksin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat