Muhyiddin Bagi Bayangan PRU-15 Mungkin September Atau Oktober, Kata Bersatu Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 mungkin diadakan menjelang akhir tahun ini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Johor yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata ia dinyatakan Presiden BERSATU yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ketika mesyuarat parti peringkat negeri ini yang diadakan secara maya pada 16 Jun lalu.

“Mesyuarat Bersatu Johor yang diadakan Rabu lalu dan dipengerusikan presiden parti membincangkan banyak isu semasa termasuk PRU-15 dan wabak Covid-19.

“Mungkin (PRU-15) pada September atau Oktober. Jika difikirkan, munasabah juga kerana Oktober biasanya bajet negara akan dibentang di Parlimen.

“Jika Parlimen tak bersidang, kewangan negara tiada, jadi yang lebih mustahak adalah untuk meluluskan bajet,” katanya memetik Berita Harian di Johor Bahru pada Isnin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md Nasir Hashim, mengakui presiden parti membincangkan pelbagai isu semasa terutama berkaitan Covid-19 dan persediaan PRU-15 pada mesyuarat berkenaan.

“Presiden parti minta persediaan dibuat bagi menghadapi PRU-15 yang mungkin diadakan menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan.

“Presiden juga berhasrat mahu memulihkan dahulu ekonomi negara terutama kehidupan rakyat dengan kes Covid-19 berjaya diturunkan dan vaksinasi diberikan kepada antara 60 hingga 80 peratus rakyat, sebelum PRU-15 diadakan.

“Berdasarkan laporan sebelum ini, pihak berkuasa menyasarkan imuniti kelompok mungkin dicapai antara Oktober atau November ini, dan ia menjadi petunjuk penting bila PRU-15 boleh diadakan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Osman yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, berkata perbincangan ketika mesyuarat Bersatu Johor minggu lalu turut menyentuh persiapan PRU-15.

“Ia termasuk menggerakkan bilik gerakan di bahagian kerana jika PRU-15 berlangsung menjelang akhir tahun ini, persiapan perlu dilakukan dari sekarang,” katanya.

Katanya, mesyuarat PN Johor turut diadakan secara maya pada Khamis lalu, dihadiri semua wakil parti komponen termasuk PAS dan Gerakan.

“Tan Sri Muhyiddin memberi gambaran PN akan bertanding di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selain 26 kerusi Parlimen di negeri ini.

“Isu mengenai pembahagian kerusi atau kawasan turut dibangkitkan namun ia perlu diperincikan dengan lebih jelas selepas ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat