MITI maklum banyak kluster tempat kerja sebab itu buat PIKAS – Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) maklum kluster baharu sekarang kebanyakannya dari tempat kerja.

Oleh itu, Pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) diwujudkan bagi mengelakkan jangkitan virus dari terus meningkat dalam kalangan pekerja, terutamanya dalam subsektor pembuatan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, seramai dua juta pekerja sektor pembuatan disasarkan untuk mencapai imuniti kelompok selewat-lewatnya September ini.

Bagaimanapun, katanya, kejayaan sasaran itu bergantung kepada bekalan vaksin termasuk tenaga kerja dari segi bilangan doktor dan pasukan kesihatan yang ditempat di PIKAS.

Menurutnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan juga telah memberi jaminan kita akan menerima lebih banyak dos vaksin pada Ogos nanti.

Justeru, kepada industri yang belum berdaftar dengan PIKAS, saya menyeru agar segera berbuat demikian bagi mencapai tahap imuniti kelompok negara.

”Jika cepat kita laksanakan, cepat juga kita akan kembali kepada kehidupan biasa, namun tetap dengan norma baharu,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Mengulas tindakan pihak-pihak yang mempertikaikan mengapa sesetengah sektor dibenarkan beroperasi ketika negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh, Azmin berkata, kebenaran itu dibuat kerana sebahagian daripada rantaian bekalan produk dan perkhidmatan yang perlu termasuk untuk menyokong kelancaran fungsi infrastruktur seperti penjagaan kesihatan awam.

Namun begitu, bagi syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan, MITI tidak teragak-agak untuk memberi kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat