Kes Covid-19 Di Selangor Kembali Meningkat

- Advertisement -

KES aktif Covid-19 di Selangor kembali meningkat apabila merekodkan 12 kes baharu sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di Facebook, peningkatan kes berkenaan turut menjadikan Hulu Selangor yang berada di zon hijau Selasa lalu, kembali ke zon kuning apabila merekodkan satu kes baharu di mukim Kerling.

“Belum cukup seminggu, kini tiada semula daerah zon hijau di Selangor selepas Hulu Selangor mempunyai satu kes aktif baru di mukim Kerling.

“Dua mukim yang sebelum ini berada di zon hijau juga kembali mempunyai kes baharu yang menjadikannya zon kuning iaitu mukim Tanjong Karang (Kuala Selangor) dan Kapar (Klang),” katanya.

Sementara itu, mengikut maklumat yang dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Facebook, pertambahan 12 kes baharu semalam membabitkan 10 kes tempatan, dua kes luar negara.

“Kes baharu tempatan terdiri daripada dua kes di mukim Tanjong Karang, empat kes di mukim Labu (Sepang), dua kes di Kapar dan masing-masing satu kes di mukim Kerling dan Tanjong 12 (2).

“Terdapat pertambahan empat kes discaj dan tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, lapan daerah lain masih kekal di zon kuning iaitu Sepang (13), Gombak (9), Kuala Selangor (9), Hulu Langat (8), Kuala Langat (8), Klang (4), Petaling (2) dan Sabak Bernam (2).

Sehingga kini, Selangor merekodkan sejumlah 2021 kes terkumpul, 1,820 kes sembuh, 56 kes aktif dan kematian kekal pada 24 orang.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat