Polis Buka Kertas Siasatan Ciapan Twitter Lim Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap ciapan di Twitter yang mengandungi kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan melalui siaran media, imej tangkap layar (Screenshot) ciapan tersebut turut dikesan telah ditularkan melalui aplikasi Whatsapp sejak ianya dimuatnaik pada 19 Mei 2022 lepas.

Terdahulu, hantaran media sosial pemimpin DAP, Lim Kit Siang, yang bertanya “apakah rumah Perdana Menteri dan Menteri akan dibakar oleh rakyat yang marah seperti mana di Sri Lanka” melalui akaun Twitter miliknya @limkitsiang telah mengundang kecaman rakyat kerana ianya adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, bersifat anarkis dan satu sabotaj kepada ekonomi negara.

Ciapan Twitter dalam Bahasa Inggeris berbunyi “Will The Houses Of Prime Minister And Ministers Of Malaysia Be Set On Fire By Angry Protesters As Happened In Sri Lanka Last Week?”

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Unit Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (DS), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 505 ( c ) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seskyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.” Jelas Abd Jalil.

Dalam pada itu, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan PDRM.

Orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhdap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat