PBM Menyokong Kepimpinan Ismail Sabri

- Advertisement -

SHAH ALAM– Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam satu kenyataannya berkata akan menyokong kepimpinan negara yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid, sokongan kepada Ismail Sabri adalah demi kestabilan negara yang masih lagi berada dalam proses pemulihan pada ketika ini.

“Parti Bangsa Malaysia juga akan terus menyokong kepimpinan negara yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob demi kestabilan negara yang masih lagi berada dalam proses pemulihan pada ketika ini.” katanya ketika Program Jelajah Pengurusan Parti PBM 2022, di IDC, Shah Alam, pada Sabtu.

Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini telah memulakan Program Jelajah Pengurusan Parti Bangsa Malaysia 2022. Program ini adalah pertemuan tertutup antara para pemimpin pusat, negeri dan bahagian bagi Negeri Selangor dan  Wilayah Persekutuan.

Jelasnya, ianya bertujuan untuk memaklumkan perkembangan terkini parti dan juga untuk mendapatkan maklum balas daripada ahli-ahli Parti Bangsa Malaysia yang menjadi penggerak kepada aspirasi parti di peringkat akar umbi.

“Selain mendapatkan maklumat berkenaan hal-hal pengurusan dan pentadbiran parti, program ini turut membincangkan berkenaan isu semasa yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan perangkaan strategi bagaimana Parti Bangsa Malaysia boleh memberikan solusi atau bantuan terhadap permasalahan yang sedang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini.

“Program ini turut memberi penekanan terhadap persediaan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 yang akan datang, terutamanya dalam hal berkenaan kesiapsiagaan jentera Parti Bangsa Malaysia di peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.” katanya.

Dari Kiri Zakaria Rahim Setiausaha KerjaPBM Naim Brundage Ketua Pemuda PBM Zakaria Abdul Hamid Ketua Penerangan PBM YB Haniza Talha Timb Presiden PBM Nor Hizwan Ahmad Setiausaha Agung PBM YB Dr Daroyah Alwi Ketua Wanita PBM Muniraa Abu Bakar Ketua Wanita Muda PBM yang berlansung di IDCC Shah Alam

Katanya lagi, siri jelajah ini akan membawa tema pengukuhan terhadap iltizam Parti Bangsa Malaysia yang ditubuhkan atas dasar penyatuan pelbagai bangsa, bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran negara ini dapat terus dipelihara.

“Program ini akan diteruskan hari esok di Pulau Pinang dan Perak yang turut akan
dihadiri oleh pemimpin Parti Bangsa Malaysia di pelbagai peringkat.” ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat