Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada penembak, pasukan karate lelaki negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet menembak dan pasukan karate lelaki negara yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, semalam.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi  menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Atlet menembak Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin meraih pingat emas ke-35 negara semalam selepas mengungguli final 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA.

Pingat emas ke-36 negara  disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki dibarisi S. Prem Kumar, Sureeya Sankar dan R. Sharmendran yang menewaskan Indonesia 3-0 pada saingan final.

Kemenangan skuad karate semalam merealisasi sasaran kontinjen negara untuk meraih 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA kali ini.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat