Pas Lintas Batas mudahkan rakyat – Arthur

- Advertisement -

NABAWAN: Ahli Parlimen Pensiangan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan kemudahan mendapatkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan Nabawan tanpa perlu ke Keningau.

Katanya,kelulusan ini akan memudahkan urusan penduduk di Daerah Kecil Pagalungan terutamanya dalam urusan imigresen dan pergerakan di antara negara jiran tanpa perlu pergi jauh ke Keningau.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya menyifatkan kemudahan tersebut akan membuka lebih banyak peluang ekonomi setempat dan dapat meningkatkan lagi pembangunan di Parlimen Pensiangan.

Dengan adanya projek menaik taraf jalan Sapulut – Pagalungan – Pensiangan sepanjang 96km akan melonjakkan ekonomi Pensiangan telah dimulakan secara berfasa sejak tahun lepas.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Nabawan pada hari ini.

Menurutnya lagi, PBPM Cawangan Nabawan, telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan mempunyai lebih kurang 320 orang ahli di sekitar daerah ini.

Pelbagai aktiviti bagi menjaga kebajikan bekas anggota Polis yang telah dilaksanakan antaranya pengagihan bantuan makanan COVID-19 kepada ahli-ahli yang berdekatan serta bantuan kewangan kepada keluarga ahli yang telah meninggal dunia sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh ahli PBPM dan keluarga.

Beliau berkata, Persatuan Bekas Polis Malaysia memainkan peranan yang amat penting kerana melalui persatuan tersebut kebajikan bekas Polis dapat diperjuangkan disamping memberikan peranan kepada bekas Polis untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan juga negara.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian Arthur Joseph Kurup turut menyeru agar peranan PBPM dapat diketengahkan sebagai perantara antara Polis Diraja Malaysia(PDRM) dengan masyarakat dan menjadi jambatan penghubung antara polis dan komuniti setempat.

“Ilmu dan pengalaman seperti langkah-langkah pencegahan jenayah yang ada pada ahli-ahli PBPM sekiranya diterapkan di kampung-kampung dan taman perumahan pasti akan dapat membantu membentuk persekitaran kejiranan yang lebih selamat.” kata YB Datuk Arthur Joseph Kurup.

Sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas pengorbanan serta jasa bakti bekas Polis di daerah Nabawan, beliau turut meluluskan sumbangan sebanyak RM10 ribu sebagai suntikan dana tambahan kepada PBPM Cawangan Nabawan.

Dalam pada itu, Pengerusi PBPM Negeri Sabah, Datuk Awang Hashim Awang Gomok merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang akan digunakan bagi membantu pelaksanaan program-program kebajikan khusus kepada bekas polis di cawangan tersebut.

Hadir sama, Pengerusi PBPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kasim Hj Awang Gomok; Ketua Cawangan PBPM Nabawan, Encik Anang Solongon serta wakil daripada IPD Keningau, ASP Chung Jiaw Joon.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat