Pemimpin sejati tak takut hadapi proses mahkamah- Lian Ker beritahu Anwar

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa seorang

Sebaliknya kata Lian Ker, pemimpin itu akan menggunakan ruang perbicaraan untuk membersihkan nama melalui proses undang-undang.

“Apa yang berlaku hari ini menimbulkan persoalan.

“Apabila peluang untuk tampil sebagai saksi datang, kenapa perlu dielak? Kenapa perlu cuba batalkan sepina?

“Anwar Ibrahim sering bercakap tentang reformasi dan keadilan. Tetapi reformasi bukan sekadar retorik, ia menuntut keberanian seorang pemimpin untuk berdepan proses undang-undang secara terbuka dan menunjukkan keamanahan pada awam,” tegur beliau dalam satu hantaran di Facebook.

Lian Ker berkata demikian merujuk laporan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Jun untuk mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan perintah sepina yang mewajibkan dirinya memberi keterangan dalam saman sivil terhadap ahli perniagaan Vinod Sekhar dan isterinya Winny Yeap.

Memetik lapora media sebelumnya, Anwar dalam permohonannya yang difailkan minggu lalu mendakwa adalah silap dan tidak berasas untuk mendakwa dia dan Vinod mempunyai hubungan rapat, walaupun dirujuk sebagai sekutu dalam pertukaran e-mel defendan dengan dua plaintif pada 2008 dan 2010.

Anwar seterusnya berkata tiada apa-apa dalam e-mel tersebut yang menunjukkan dia terlibat dalam perkara yang menjadi subjek saman yang sedang berlangsung.

“Sebagai tokoh awam dan ahli politik, saya bertemu ramai individu dan mempunyai ramai penyokong, dan bukan perkara luar biasa bagi orang merujuk kepada saya dalam komunikasi mereka.

“Bagaimanapun, rujukan sedemikian tanpa bukti lain tidak mewajarkan saya dipanggil sebagai saksi dalam saman hanya kerana individu atau penyokong tersebut kemudiannya menjadi pihak yang berperkara,” katanya dalam afidavit sokongan itu.

Justeru kata Lian Ker, bandingkan dan gunakan Tun Ling Liong Sik, sebagai rujukan atau yardstick.

“(Ling chose to go through a full trial in the Port Klang Free Zone (PKFZ) case and was ultimately acquitted. For many, that episode symbolized confidence in due process and willingness to let the courts determine the truth.)

“Beliau tidak lari. Tidak bersembunyi dan tidak cuba melengahkan proses.

“Beliau hadir ke mahkamah, melalui perbicaraan penuh, dan akhirnya dibebaskan daripada sebarang sangkaan negatif dan tuduhan penyelewengan dalam kes PKFZ.

“Itulah keyakinan kepada sistem. Itulah keberanian seorang pemimpin. Rakyat bukan sekadar mahu kata-kata. Rakyat mahu contoh.

“Jika benar di pihak yang betul, mahkamah adalah tempat terbaik untuk membuktikannya, bukan tempat untuk dielakkan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat