Tak perlu import buruh asing, bagi peluang pelarian Rohingya bekerja, cadang Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelarian etnik Rohingya disyorkan untuk dijadikan pekerja di negara ini tanpa perlu mengimport tenaga kerja asing.

Cadangan itu dikemukakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin.

Katanya, tanpa perlu mengimpot jutaan pekerja tidak berkemahiran melalui pelbagai MOU yang merumitkan, kumpulan pelarian ini boleh kita benarkan untuk bekerja.

Jelas Khaled ini akan membantu mereka membangun kemahiran, membiayaai kehidupan sendiri dan mengurangkan beban kerajaan.

“Kerjasama erat dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mesti dipertingkatkan agar mereka boleh segera di pindahkan ke negara penerima dan memulakan kehidupan baru di negara- negara tersebut.

“Ramadhan yang Kareem dan Mubarak ini harus menjelmakan ihsan dan kemanusiaan kita kepada mereka yang mencari perlindungan di negara ini tanpa berkompromi dengan kepentingan keselamatan nasional,” ujar beliau dalam catatan di Facebook pada Khamis.

Khaled mengulas berkenaan insiden ratusan tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Kedah sehingga maut dalam nahas lebuh raya adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Kata bekas menteri besar Johor itu, kerajaan mesti segera melakukan siasatan komprehensif dan telus serta mengumumkan dapatan siasatan itu kepada awam.

“Insiden melarikan diri, protes dan rusuhan di pusat tahan immigrasi bukanlah sesuatu yang baru.

“Ia terus berulang dan mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam blok tahanan, tempoh tahanan yang lama dan terhadnya kemampuan sumber kerajaan dalam pengurusan pusat sedemikian.

“Penahanan berterusan dan lama, tanpa kejelasan tentang kesudahan terhadap nasib dan masa depan mereka adalah pelanggaran hak asasi manusia,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, ia juga adalah pembaziran kepada wang rakyat apabila semua ini melibatkan pembiayaan kerajaan sepenuhnya.

“Sebagai anggota Majlis Hak Asasi PBB bagi penggal 2022 hingga 2024, Malaysia mesti menunjukkan iltizam untuk mengurus dasar-dasar berkaitan pelarian dengan lebih telus, bertanggungjawab dan bersandar keselamatan insan.

“Tahanan baru mesti segera didaftarkan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

“Mereka yang telah berdaftar dan mempunyai kad, mestilah segera dibebaskan,” cadang beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat