Graduan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Terima Anugerah Diraja

- Advertisement -

PERLIS: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyampaikan Anugerah Diraja kepada Graduan Diploma Pengurusan Acara Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman.

Graduan kelahiran Ipoh, Perak ini juga turut menerima RM2,000 daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis Jamalullail sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Kali Ke-14, pada Ahad.

Ketika dihubungi SuaraTV, Nazmi berkata beliau bersyukur dan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku Raja Perlis atas penganugerahan yang diterimanya.

Tambahnya lagi, disebalik kejayaan yang diperoleh hari ini terdapat ramai insan yang telah berkorban dan berjasa setelah tiga tahun belajar di PTSS.

“Alhamdulillah syukur,

”Menjunjung kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail atas penganugerahan Anugerah DiRaja sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Kali Ke-14.

”Setelah 3 tahun jatuh bangun di bumi bertuah ini, mengenal erti hidup berdikari, belajar membina jati dalam diri namun disebalik kejayaan yang diperoleh hari ini terdapat ramai insan yang telah berkorban dan berjasa.” ujarnya.

Kejayaan ini katanya lagi adalah doa daripada ibubapa, keluarga dan pensyarah serta sokongan dari rakan-rakan.

“Kepada rakan-rakan teruskan menanam tekad, taqwa, usaha sebagai penentu arah kejayaan. Yakinlah, setiap kejayaan tidak akan pernah mengkhianati usaha.

“Dan setiap yang ditentukan itu, pasti ada hikmahnya, sentiasalah bersangka baik dan berdoa kepada Maha Esa.” nasihatnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat