Pengangguran Menurun, Ekonomi Negara Berada Di Landasan Pemulihan Yang Betul – Mohd Shahar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pasaran buruh, aktiviti perniagaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan perdagangan luar negara menunjukkan bahawa ekonomi negara berada dalam landasan pemulihan yang betul, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah

Memetik laporan Utusan, Mohd Shahar berkata pasaran buruh menunjukkan kadar pengangguran menurun kepada 4.2 peratus pada Januari 2022 berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020.

“FDI pula meningkat RM11.9 bilion dan rekod harian masuk bersih lebih tinggi iaitu RM24.7 bilion pada suku keempat 2021, menjadikan jumlah FDI pada 2021 menghampiri RM55 bilion lebih tinggi daripada paras pra-pandemik iaitu 2017, 2018 dan 2019.

“Aktiviti perniagaan, perdagangan borong dan runcit Malaysia turut merekodkan jumlah bulanan tertinggi iaitu RM120.6 bilion pada Disember 2021 dengan jualan tahunan mencatatkan pertumbuhan empat peratus kepada 1.3 trilion pada tahun 2021,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi sektor pembuatan, jualan meningkat sebanyak 15.5 peratus pada 2021 dengan jualan keseluruhan sebanyak RM1.6 trilion.

“Perdagangan luar Malaysia untuk eksport dan import melebihi RM2 trilion, menunjukkan pertumbuhan terpantas sejak 1994.

“Jadi indikator-indikator ini sudah pasti dapat meyakinkan bahawa kita berada dalam landasan tepat dalam tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan M. Karupaiya (PH-Padang Serai) mengenai indikator ekonomi yang menggambarkan bahawa Malaysia berada dalam landasan pemulihan yang betul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat