Abdul Taib tokoh yang tak berhenti tabur bakti – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud seperti kehilangan seorang tokoh yang tidak berhenti menabur bakti terhadap tanah tumpah darahnya.

Ismail Sabri berkata, jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.

“Sepanjang hayatnya, Allahyarham sentiasa memastikan hubungan di antara negeri dan Pusat kekal utuh demi kemakmuran negara terus berkekalan.

“Salam takziah buat keluarga dan seluruh rakyat Sarawak. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau, hari ini.

Abdul Taib, 87, yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi tadi.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib adalah perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat