PRN Johor: PAS bagi bayangan bersama UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang mungkin berlangsung tidak lama lagi, PAS kali ini memberi bayangan untuk bersekutu dengan UMNO dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN),” kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS memberitahu parti Islam itu akan bekerjasama dengan UMNO di pentas PRN Johor.

Tuan Ibrahim berkata, PAS akan berbincang dengan UMNO dan rakan politik lain bagi membentuk kerjasama baik.

“Ini rakan saya (Datuk Ismail Abd Muttalib- Ahli Parlimen UMNO Maran), kita akan adakan perbincangan dengan UMNO.

“…komitmen kita sebenarnya dengan UMNO dan dengan lain-lain parti masih berjalan dan kita harap mampu adakan kerjasama dengan baik.

“Masing-masing (parti) bersedia, PAS juga bersedia sebab Johor kita biasa masuk bertanding tetapi kerjasama perbincangan itu kita akan teruskan,” katanya pada majlis perasmian Malaysia Recycling Alliance (Marea) yang turut dihadiri Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Memetik FMT, Mengulas mengenai masa depan MN, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata gagasan politik yang terbina antara PAS dan UMNO itu masih berjalan seperti biasa.

“Masih berjalan, kita tidak isytihar bubarkan lagi. Masih ada,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad ketika berucap pada majlis di Iskandar Puteri dilaporkan memberi isyarat PRN mungkin diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, turut memberi jaminan, jika DUN Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN dalam waktu terdekat, ia tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Isyarat DUN Johor dibubarkan hangat diperkatakan sejak akhir tahun lalu, apabila beberapa siri mesyuarat berlangsung membabitkan Badan Perhubungan UMNO negeri bersama Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan pusat terutama selepas kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian, pada 21 Dis lalu.

Hasni juga dilaporkan akan mengadakan sidang media khas esok, dengan khabar angin mengaitkan ia akan membawa kepada pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat