Bandar Malaysia Masih Berkembang Tanpa HSR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Di sebalik pembatalan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singpura, para penganalisis ekonomi percaya Bandar Malaysia akan tetap membangun sebagai bandar yang berorientasikan transit hab pengangkutan.

Penganalisis yang ditemubual TheEdgeMarkets.com menyifatkan pembatalan HSR tidak akan menjejaskan pertumbuhan jangka panjang bandar tersebut.

Tujuan Bandar Malaysia untuk menjadi hab pengangkutan dan transit masih tidak terjejas. Ia memiliki beberapa sistem pengangkutan rel lain.

Malahan tidak mustahil Malaysia meneruskan HSR. Cuma sama ada ia akan menghubungkan ke Singapura, terserah kepada Singapura untuk memutuskannya.

“Adakah begitu merosakkan jika kita tidak meneruskan HSR dengan Singapura? Kita akan ada lebih banyak kebebasan untuk Malaysia kerana dapat memutuskan apa yang harus dilakukan.”

“Namun Singapura sentiasa dialu-alukan untuk menyertainya kerana mereka hanya mempunyai jarak 15km. Jadi selepas ini kedudukan Singapura yang merupakan negara kota akan lebih terdesak untuk mempunyai pengakutan pantas ke ke daratan Malaysia.”

Tanpa HSR, Bandar Malaysia akan mempunyai dua stesen bawah tanah Mass Rapid Transit (MRT) di Bandar Malaysia Utara dan Bandar Malaysia Selatan. Ia merupakan penghubung dengan hampir kesemua perkhidmatan perjalanan rel negara.

Sementara itu penganalisis Kenanga Research, Lum Joe Shen memberitahu TheEdge, walaupun Bandar Malaysia akan mengambil masa yang lebih lama untuk berkembang, lokasinya tetap cukup strategik dengan dua stesen MRT.

“HSR bukan satu-satunya kunci untuk Bandar Malaysia. Dengan perancangan yang tepat, ia akan dapat permintaan yang baik. Sudah tentu, dengan adanya HSR, akan ada lebih banyak permintaan luar kerana orang asing boleh memilih untuk tinggal di sana.

“Namun secara peribadi saya merasakan bahawa tidak apa-apa tanpa HSR. Sebaliknya, projek seperti MRT 3 akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada kita. Kesan ekonomi HSR boleh diperdebatkan kerana tidak ada kepastian dari segi aliran dana. ”

Lum juga ragu-ragu mengenai HSR KL-Johor Baru yang sedang diperkatakan kerana Malaysia sudah ada landasan keretapi berkembar* yang menghubungkan kedua kota.

(*Malaysia mempunyai Landasan Berkembar ‘Electric Train Service’ (ETS) yang apabila siap sepenuhnya akan menghubungkan Padang Besar (Perlis) sehingga ke Johor Bahru, Johor. Perkhidmatan ETS kini telah beroperasi sehingga Gemas, Negeri Sembilan).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat