Kerajaan Setuju Lanjut Tempoh Operasi Kedai Makan – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga pukul 10 malam bermula esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mendengar keluhan dan rungutan pembeli dan peniaga selepas hanya dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam sahaja ketika ini.

“Seperti saya katakan kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat. Kita sedar apabila rungutannya banyak berlaku maka kita segera adakan mesyuarat sejak minggu lepas lagi tentang perkara ini,” katanya pada sidang media khas perkembangan PKP di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata prosedur operasi standard (SOP) masih kekal – tidak dibenarkan makan di premis makanan, hanya pembungkusan, penghantaran dan pandu lalu dibenarkan.

“Makan di kedai masih tak dibenarkan, ia masih kekal untuk dibawa pulang dan pesanan untuk penghantaran makanan juga kita buka sampai 10 malam,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat