Tok Pa Dibenarkan Keluar Hospital Selepas 12 Hari Menerima Rawatan Covid-19

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan susulan positif Covid-19.

Beliau dibenarkan keluar pada jam 4.30 petang sebentar tadi.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT setelah 12 hari bertarung di HRPZ II dengan pemantauan rapi oleh doktor, jururawat dan barisan hadapan, pada jam 4.30 petang ini saya dibenarkan keluar hospital.” Katanya,

Menurut Mustapa, sepanjang beliau di hospital selama 12 hari, detik paling mencemaskan apabila berada dalam wad ICU selama 3 hari disebabkan dirinya mempunyai masalah pernafasan dan kekurangan tenaga.

“Namun dengan pemantauan rapi doktor dan jururawat, serta keyakinan penuh kepada ketentuan Allah SWT, Alhamdulillah saya beransur pulih.

“Sekarang saya perlu lebih banyak berehat, kurangkan kerja dan tidak boleh bertemu ramai orang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka, membersihkan tangan, melakukan penjarakan sosial dan pemakaian ‘face shield’ perlu menjadi amalan setiap hari sehingga pandemik Cbid-19 ini benar-benar pulih.

Sepanjang Covid-19 ini, kita perlu menjaga maslahah umum mengatasi kepetingan peribadi, tegasnya.

“Ancaman ini serius, perlu diambil berat oleh rakyat. Ketakutan kepada Covid-19 biar sebati dengan diri kita kerana kita masih belum memenangi peperangan ini.

“Berdiri teguh di belakang Kerajaan, Kementerian Kesihatan dan pihak penguatkuasa bagi mempertahankan nyawa serta kehidupan.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua staf Kementerian Kesihatan khususnya di HRPZ II, ahli keluarga, sahabat handai dari seluruh pelusuk tanah air yang beri kata kata-kata semangat, ucapan dan doa.

“Semoga Allah SWT menyelamatkan negara kami, pemimpin-pemimpin kami dan semua rakyat daripada Covid-19.” Katanya. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat