Ketua Polis Kelantan tak gentar ancaman anggap jihad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Kelantan menerima ancaman pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap keputusan menguatkuasakan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok antara Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, bagaimanapun beliau tidak gentar terhadap ancaman itu dan tetap akan meneruskan penguatkuasaan larangan terbabit yang bermula pada 1 Disember lalu.

“Sebaik keputusan itu dibuat, secara umumnya, saya terima pelbagai ancaman tetapi saya akan tetap hadapi.

“Ini juga salah satu jihad saya supaya anak-anak muda tidak mudah untuk keluar masuk berhibur atau terjebak dengan dadah di sempadan selain mengekang jenayah-jenayah lain,” katanya lapor Sinar Harian di Kota Bharu.

Pun begitu, meski berdepan segelintir yang memberi ancaman, lebih ramai lagi yang menyokong beliau dalam melaksanakan keputusan ini demi kebaikan dan keselamatan negara.

“Akta sudah lama wujud dan larangan ini perlu kerana 16 pos Pasukan Gerakan Am yang ditugaskan tidak mampu untuk mengawal di keseluruhan 106 kilometer kawasan pangkalan haram di sempadan Sungai Golok,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis akan menahan individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi yang disabit kesalahan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat