KUALA LUMPUR: Dalam tempoh masa hanya satu jam selepas dibuka, tiket Konsert GENKRU habis dijual, mencerminkan populariti KRU sebagai salah satu ikon muzik negara. Penjualan tiket yang bermula pada jam 11 pagi tadi telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila tiket laris sepenuhnya menjelang pukul 12 tengah hari.
Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, meluahkan rasa terharu dengan sambutan hangat peminat.
“Kami sangat bersyukur dan terharu dengan sokongan luar biasa ini. Fenomena ini memang dijangka, tetapi respon yang begitu pantas daripada peminat melebihi jangkaan awal kami,” ujar beliau. Tambahnya, sebanyak 10 ribu pembeli telah bersedia untuk ‘battle’ mendapatkan tiket sejak awal pagi, bermula seawal jam 8.30 pagi.
Atas permintaan ramai, Icon Entertainment telah mengumumkan bahawa akan ada konsert hari kedua, dengan maklumat lanjut tentang penjualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.
Maklumat Konsert GENKRU
- Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
- Tarikh: 3 Mei 2025
- Masa: 8.30 malam
- Harga Tiket:
- OOH!LA!LA!: RM258
- AWAS: RM358
- MENGERTI: RM478
- TERHANGAT DI PASARAN: RM508
- APASAJA: RM548
- FANATIK: RM588
Peminat yang masih belum mendapatkan tiket diminta bersabar menunggu pengumuman mengenai penjualan tiket hari kedua. Tiket untuk konsert hari pertama boleh didapati melalui pautan berikut: www.ticket2u.com.my/kru.
Konsert GENKRU dianjurkan oleh Icon Entertainment, sebuah syarikat penganjur acara terkemuka yang sentiasa komited dalam meraikan bakat tanah air.
Setakat ini, para peminat KRU tidak sabar menantikan persembahan ikonik daripada kumpulan yang sinonim dengan gelaran “Raja Muzik Malaysia” itu. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman muzik yang bakal mencipta sejarah ini!