Rakyat ada kuasa rampas semula kekuasaan Kerajaan Madani – Bersih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani jangan pernah lupa bahawa rakyat yang menaikkan mereka ke puncak kekuasaan dan rakyat juga boleh merenggut semula kekuasaan itu. demikian peringatan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam kenyataan pada Jumaat menegaskan, intimidasi dan siasatan terhadap para aktivis ini menunjukkan bahawa ruang sivil rakyat semakin hari semakin ditekan dan disempitkan oleh para penguasa.

“Adakah ini semangat reformasi dan kebebasan yang dilaungkan oleh Kerajaan Madani?

“Adakah rakyat kini sudah tidak boleh berkarya dan menjadi kritikal terhadap kerajaan?

“Kerajaan Madani jangan pernah lupa bahawa rakyat yang menaikkan mereka ke puncak kekuasaan, dan rakyat juga boleh merenggut semula kekuasaan itu,” desak Bersih.

Jawatankuasa itu menyatakan, mereka berdiri teguh bersama aktivis masyarakat sivil yang sedang menghadapi intimidasi kerana kebebasan bersuara dan berekspresi.

“Pada 18 Disember, pihak Polis Pulau Pinang telah melakukan intimidasi terhadap Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang menganjurkan pameran bertajuk Ruang Khas di Georgetown.

“Pameran ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam terhadap penyalahgunaan kuasa polis. Selain daripada intimidasi pihak Polis Pulau Pinang terhadap ruang pameran oleh SUARAM, pelukis grafik Fahmi Reza juga telah dipanggil oleh pihak polis Bukit Aman untuk disoal siasat di bawah Akta Hasutan kerana lukisan satira beliau pada 19 Disember,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat