FIFA Mahu Beri Cuti Bersalin

- Advertisement -

LAUSANNE: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bercadang memperkenalkan beberapa langkah untuk melindungi pemain bola sepak yang mengandung termasuk memberi cuti bersalin wajib sekurang-kurangnya 14 minggu.

“Kami mahu melihat lebih ramai wanita bermain bola sepak tapi dalam masa sama mereka mempunyai keluarga,” kata Ketua Pegawai Bola sepak Wanita FIFA, Sarai Bareman.

Badan induk dunia itu berkata beberapa langkah sedang menanti kelulusan daripada Majlis FIFA bulan depan.

Cuti bersalin wajib selama 14 minggu akan memastikan pemain terjamin daripada minimum dua pertiga gaji berdasarkan kontrak mereka.

FIFA menegaskan mereka bukan mahu memberikan kesukaran kepada kelab dengan adanya pemain yang mengandung, kerana mereka merasakan tidak akan ada pemain wanita akan menganggap ia satu kekurangan jika mengandung.

“Idea ini adalah untuk melindungi pemain wanita sebelum, ketika dan selepas melahirkan anak,” kata Ketua Pegawai Undang-Undang dan Pematuhan FIFA, Emilio Garcia – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat