Keluarga Mangsa Nahas Pesawat Kecewa Boeing 737 Max Dibenar Terbang Semula

- Advertisement -

MASIH terlalu awal untuk meluluskan penerbangan semula Boeing 737 Max, luah ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam dua penerbangan melibatkan model pesawat berkenaan.

Pentadbiran Penerbangan AS (FAA) pada Rabu meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing selepas ia digantung penerbangan di seluruh dunia sejak Mac 2019 susulan dua insiden kemalangan melibatkan pesawat Ethiopian Airlines dan Lion Air lima bulan berturut-turut, yang meragut 346 nyawa.

“Amerika Syarikat (AS) tidak seharusnya terburu-buru membatalkan penggantungan pesawat.

“Mereka harus sensitif kepada perasaan ahli keluarga mangsa yang terkorban,” kata Aris Sugiano kepada Reuters.

Aris telah kehilangan dua anggota keluarganya dalam kemalangan Lion Air yang membunuh 189 mangsa pada 2018.

Dalam pada itu, keluarga mangsa yang terkorban dalam penerbangan Ethiopian Airlines pada 2019 turut meluahkan kekecewaan dalam kenyataan bersama terhadap FAA.

Kedua-dua kemalangan itu berlaku akibat kerosakan pada sistem MCAS di mana sensor yang bermasalah membuatkan muncung pesawat menjunam ke bawah menyebabkan juruterbang hilang kawalan – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat