Malaysia tak perlu terikat, bergantung kepada kuasa besar dunia – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Operasi Taufan al-Aqsa memberikan peringatan kepada pemimpin negara Arab dan Islam yang bersikap menyerah kalah dengan menerima cadangan normalisasi dan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang menjadi permainan Zionis dan sekutunya.

Maka umat Islam wajib bersatu bersama Palestin bagi menghadapi kaum Yahudi yang sebenarnya pengecut, seru Presiden PAS.

Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan terus memberikan perhatian terhadap masalah umat Islam yang ditindas di seluruh penjuru dunia dan campur tangan asing di banyak negara umat Islam di Afrika dan Asia.

“PAS akan meletakkan keutamaan untuk menjadi penggerak bagi mengangkat agenda penyatuan ummah di Rantau Asia Tenggara dan dunia Islam,” katanya ketika ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 pada Jumaat.

Dalam urusan dasar luar negara, Hadi berkata, Malaysia disarankan terus mengambil sikap tegas dan berani, serta tidak memihak kepada kuasa besar, terus menjuarai isu-isu negara umat Islam supaya Malaysia disegani oleh rakan di mata dunia.

“Letakkan keutamaan kerjasama serantau daripada kalangan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), kerjasama negara-negara Islam (OIC) dan Negara-Negara Berkecuali (NAM) terlebih dahulu.

“Namun, hubungan dengan semua negara tidak diputuskan, mengikut kebijaksanaan agar tidak terikat dan sangat bergantung dengan kuasa besar dunia,” katanya.

Menurut Hadi lagi, PAS ialah satu jasad dengan perjuangan Islam di seluruh pelosok dunia.

“Maka, PAS hendaklah terus memberi perhatian terhadap masalah Palestin yang belum bebas.

“Terkini Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) telah melancarkan operasi Taufan al-Aqsa, ia merupakan salah satu daripada hari-hari Allah (هللا أيام (yang membuktikan kebenaran firmanNya apabila benteng pertahanan negara haram Israel berjaya ditembusi.

“Kejadian itu berlaku walaupun rejim Zionis Israel merasa angkuh dengan slogan “tenteranya tidak mungkin dikalahkan”
disebabkan bantuan negara kuasa besar yang bertali arus tanpa menghiraukan undang-undang perang antarabangsa.

“Mereka lupa bahawa di sana, ada janji Allah yang benar,” kata Hadi.

Justeru, ujar beliau PAS konsisten mengajak semua pihak sama ada parti politik, NGO-NGO dan tokoh-tokoh masyarakat untuk
memperkukuhkan perpaduan ummah, disatukan orang Melayu Islam dan diajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem, mengikut acuan Sirah Rasulullah SAW.

“Bila umat Islam lemah, kita akan hilang kekuatan. Bila kita tidak bersatu, kepentingan orang Melayu Islam semakin hari semakin dipijak dan hak keistimewaan agama Islam dan hak orang Melayu dan bumiputera semakin dicabar.

“Seruan penyatuan ummah ini tidak menjejaskan hak orang bukan Melayu dan bukan Islam, bahkan kita akan terus
memelihara kebebasan beragama dan memberikan keadilan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita wajib menjaga perpaduan ummah yang sedang dibina hari ini. Jangan wujud sebarang perpecahan supaya kita tidak
menjadi laksana lesung dan alu berlaga, ayam pula yang kenyang,” katanya.

Hadi menambah, PAS sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU-15, maka usaha yang penting dan berat yang mesti dilakukan adalah menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu dalam PRU-16.

“Perkara ini penting untuk dibincangkan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, tersusun dan bijaksana,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat