Mamasab sumbangkan 3000 kek bagi meraikan hari Ibu, Guru dan Juruawat

- Advertisement -

Meraikan kemeriahan hari bermakna pada bulan Mei ini, jenama kek terkenal Mamasab menghadiahkan 3000 biji kek kepada penerima bertuah.

Antara penerima bertuah yang layak adalah terdiri dari golongan ibu, para guru dan jururawat.

Pengasasnya, Siti Noor Sabrina Soobri berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah bersempena kempen hari ibu, hari guru dan hari jururawat yang disambut pada bulan Mei ini.

“Ini adalah program kempen pertama yang kami lakukan untuk meraikan para ibu, guru dan jururawat yang menyokong kami sejak awal lagi.

“Selain itu, ia juga untuk meraikan para ejen kami dengan aktiviti sosial sebegini dalam menggerakkan momentum kearah lebih aktif” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Mamasab disini hari ini.

Jelasnya lagi, program CSR yang dilakukan ini secara tidak langsung menggembirakan dan menceriakan terutama golongan wanita yang banyak berkorban.

“Kita hadiahkan 3000 biji kek dan hebahkan keseluruhannya secara dalam talian.

“Saya tidak menyangka sambutan dari orang ramai amat luar biasa, mereka memohon dengan mengisi borang secara online dan pihak kami akan meneliti permohonan dan terus membuat penghantaran melalui kurier” tambahnya lagi.

Siti Noor Sabrina meluahkan rasa syukur dan teruja dengan sambutan dan penghargaan yang diterima.

“Alhamdulillah, bukan sahaja ada yang memohon kek percuma namun turut membeli kek dan ini sekali gus meningkatkan promosi dan jualan”

Ujarnya lagi, Mamasab akan menghadiahkan 1000 biji kek lagi menjelang sambutan hari bapa pada bulan Jun nanti.

Sementara itu, Mamasab turut menyasarkan pembukaan 300 cawangan mini dan peningkatan 100 orang master stokis serta 20,000 ejen jualan seluruh Malaysia.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat