Setelah diboikot ZUS akhirnya akui menentang genosid, sokong perjuangan pembebasan Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ZUS Coffee hari ini mengakui bahawa kenyataan rangkaian kafe tempatan itu sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pendirian kami terhadap tindakan genosid di Palestin.

“Kepada pelanggan kami yang dihargai dan komuniti yang lebih luas, kami mengakui bahawa kenyataan kami sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pendirian kami terhadap tindakan genosid di Palestin.

“ZUS Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin.

“Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini,” kata ZUS Coffee dalam kenyataan pada Jumaat.

ZUS Coffee juga berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan pada masa hadapan.

“Kami berjanji memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia.

“Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda dalam perjalanan kami untuk terus berkembang dan belajar bersama anda,” ujarnya.

Baru-baru ini rangkaian kafe tempatan, ZUS Coffee memasuki senarai boikot terkini rakyat Malaysia.

Walaupun sudah memohon maaf selepas terbabit dalam aktiviti bersama jenama yang menyokong rejim Zionis, ia gagal mengubah keadaan.

Semua ini gara-gara pendirian neutral yang diketengahkan melalui satu kenyataan, semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat