Setiausaha Akhbar Menteri Kesihatan tidak porfesional, perlekeh pengamal media

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kelab Media Putrajaya kesal dengan sikap tidak profesional Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kesihatan, Nik Azmi Nik Fathil, apabila memperlekeh pengamal media yang ingin mendapatkan penjelasan dan maklumat tambahan statistik berkaitan sidang media yang diadakan semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kelab Media Putrajaya berkata, permintaan maklumat tambahan daripada pengamal media itu berasas apatah lagi ia membabitkan hasil penyelidikan yang menuntut angka yang tepat.

“Jika kami pengamal media sentiasa dituntut untuk beretika dan menyampaikan fakta yang betul dalam pelaporan, namun jika ini reaksi yang diterima, ia akan mengganggu tugas kami untuk menampilkan laporan sahih, padat serta berkualiti kepada masyarakat.

“Malah, ketika sidang media selepas program tersebut, apabila pemberita mengajukan soalan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad namun belum sempat dijawab, Setiausaha Akhbar itu mencelah dan menjawab bagi pihak Menteri,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya tindakan itu mengejutkan pengamal media terbabit Yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam industri kewartawanan kerana ini adalah kali pertama berdepan dengan tingkah laku setiausaha akhbar yang jelas tidak mencerminkan jawatan yang diamanahkan kepada beliau.

“Apakah ini prosedur baharu pentadbiran yang mana Setiausaha Akhbar boleh menjawab bagi pihak Menteri ketika sidang media?

“Hubungan saling memerlukan dan melengkapi di antara pengamal media dan Setiausaha-setiausaha Akhbar kepada Menteri amat penting dalam menyebar luas maklumat terutama dasar, inisiatif serta pencapaian kerajaan yang bermanfaat dan
membentuk pemikiran masyarakat, selain menjadi semak dan imbang kepada negara,” jelas kenyataan itu.

Kelab Media Putrajaya berkata, teguran ini juga ditujukan kepada Ketua-ketua Unit Komunikasi Korporat kementerian, pegawai di Unit Komunikasi Korporat kementerian dan pegawai perhubungan awam mana-mana agensi atau jabatan kerajaan mahupun swasta yang mempunyai interaksi langsung bersama pengamal media agar menjalinkan kerjasama yang utuh dalam suasana hormat menghormati, mesra dan beradab.

Terdahulu, Kelab Media Putrajaya merujuk kepada aduan diterima daripada beberapa pengamal media yang membuat liputan Majlis Pelancaran Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Permintaan Jagaan Kesihatan serta ‘Global Adult Tobacco Survey’ (GATS) Malaysia 2023 di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat