Penamaan calon 5 November, mengundi 19 November 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada Sabtu, 19 November 2022.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan tarikh-tarikh penting lain PRU15 iaitu penamaan calon pada Sabtu, 5 November 2022.

Beliau memaklumkan tarikh undi awal pada Selasa, 15 November 2022.

“Selain itu, tiga negeri turut menjalankan pilihan raya serentak ialah Pahang, Perlis dan Perak juga DUN 66 Bugaya, Sabah,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lepas telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat