Jabatan Penjara Larang Najib Keluar Kenyataan, Berkempen PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Supri Hashim berkata, setakat ini tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan oleh mana-mana banduan yang sedang menjalani hukuman penjara.

Arahan ini termasuk kepada Najib jika beliau mempunyai pandangan mengenai suhu semasa politik negara menjelang PRU15 tidak lama lagi.

“(Najib) tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa kenyataan, malah surat yang dikeluarkan, dokumen yang dikeluarkan pun ditapis terlebih dahulu.

“Nak hantar surat kepada keluarga, nak uruskan apa pun perlu ditapis oleh pihak penjara (Jabatan Penjara Malaysia) dahulu,” lapor media di Melaka pada Khamis.

Supri berkata demikian ketika diminta mengulas adakah penyandang Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan mengeluarkan kenyataan berunsur kempen atau pandangan mengenai perjalanan PRU15 tidak lama lagi.

“Setakat ini (kenyataan berkaitan PRU15) tidak dibenarkan. Kita (Jabatan Penjara) tiada kena mengena dengan politik dan hanya laksanakan tanggungjawab waima apa sekalipun kerajaan yang memerintah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat