Anwar Ibrahim bertanding di Tambun?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir pasti bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Ipoh hari ini, lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber dalaman parti.

Katanya, pencalonan Anwar di Parlimen Tambun pasti memberi kelebihan dan nilai tambah kepada PH untuk menawan Perak.

“Beliau setuju bertanding di Tambun, ketokohan dan pengaruhnya yang besar memberi kelebihan kepada PH untuk menawan Perak.

“Selain itu, beliau mahu berdepan dengan ‘pengkhianat PH’ di Tambun,” katanya sumber itu.

Sebelum ini, PKR Perak mempelawa Anwar bertanding di Parlimen Tambun pada PRU-15 dan dalam responnya, Presiden PKR itu berkata, beliau sedia mempertimbang cadangan tersebut.

DAP Perak turut mempelawa Anwar bertanding di kerusi Parlimen negeri itu terutamaTambun yang disifatkannya sebagai kerusi disandang pengkhianat PH apabila Parti Bersatu keluar PH.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah penyandang kerusi Parlimen Tambun.

Sumber itu berkata, pengundi di Tambun juga memberi maklum balas positif jika Anwar bertanding di Parlimen tersebut.

“Kehadiran Anwar juga mampu menarik undi terutama di kawasan-kawasan majoriti Melayu di negeri ini kepada PH,” katanya.

PH membentuk Kerajaan Negeri Perak pada PRU-14, namun tumbang selepas peralihan kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN) pada 2020.

Sementara itu, sumber tersebut berkata, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan bertanding di Parlimen Pandan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat