Bentuk Pasukan Kuat Lebih Penting Dari Jawatan KM – Salleh Said

- Advertisement -

KOTA BELUD – Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan beliau tidak berminat untuk bercakap soal siapa bakal Ketua Menteri Sabah buat masa ini.

Sebaliknya, misi beliau adalah membentuk pasukan pimpinan yang teguh untuk memastikan Sabah tidak lagi keciciran dalam aspek pembangunan.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah ke-9 dari 1994 hingga 1996 menjelaskan beliau menjalin kerjasama erat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor mengemudi pilihan raya negeri kali ini.

“Itu (calon Ketua Menteri) tak berbangkit sama sekali saya bekerjasama dengan semua pihak. Bersama Bung dan Hajiji kerana apa-apa pun kita perlu bekerjasama dengan semua pihak demi membentuk pasukan pimpinan Sabah yang kuat.

“Kita tak berminat siapa akan jadi Ketua Menteri, kita nak bentuk pasukan yang berupaya ‘move on’ untuk pastikan Sabah tidak keciciran dalam pembangunan,” tegasnya ketika ditemui di Majlis Pemimpin bersama rakyat di Usukan, Kota Belud.

Sebelum ini, Bung berkata tidak semestinya beliau akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya BN memperolehi majoriti pada 26 September ini.

Hal demikian, timbul ura-ura nama Salleh yang akan diangkat semula sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

Salleh yang juga bekas Speker Dewan Undangam Negeri (DUN) Sabah berkata, formula kombinasi ramai anak muda dan beberapa calon veteran ini satu petanda yang baik.

“Kita boleh membimbing mereka untuk menjadi seorang ahli politik yang baik untuk membantu untuk membangun negeri Sabah,” katanya.

(End)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat