Azalina penunggang label reformis – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said didakwa sebagai penunggang label reformis berhubung soal pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Azalina dikatakan orang yang sama yang berucap di Dewan Merdeka pada 27 Ogos 2022 yang menegaskan Peguam Negara didakwa dilantik di kalangan orang yang sealiran dengan kepimpinan Perdana Menteri.

Kata Azalina sesiapa pun yang dilantik menjadi Perdana Menteri mesti melantik Peguam Negara dari kalangan ‘orang-orang beliau’.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, penegasan Azalina bahawa kerajaan komited dalam usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan terpelihara sebagai ‘silap mata politik’.

“Kenyataan terbaru Azalina itu standard silap mata politik yang cuba dimainkan, cuba mengalihkan perhatian kepada soal kebebasan seorang pendakwa raya kepada peguam negara itu mengalihkan soal kebebasan itu kepada campur tangan kepada satu lain sedangkan ia tak mengubah hakikat sama.

“Azalina itu individu yang sama mengaibkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Merdeka.

“Sebelum ini saya lihat beliau seorang watak reformis dalam Umno yang boleh kita contohi.

“Tapi bila saksikan sendiri ucapan beliau “siapa pun jadi Perdana Menteri, Peguam Negara mesti ‘orang dia’ sebab jawatan itu dilantik oleh Perdana Menteri. Mana-mana Peguam Negara mesti ikut suara kepimpinan negara”. Wow boleh tunggang label reformis, kepalsuan label reformis, bahkan dalam mesyuarat-mesyuarat Umno sebelum ini juga beliau dilihat sangat tidak reformis,” kata Shahril.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menyatakan penjelasan Azalina di Dewan Rakyat berkenaan perancangan Kerajaan Perpaduan untuk memisahkan tugasan untuk dijadikan Peguam Negara lain daripada Pendakwa Raya supaya tidak memusatkan kuasa kepada satu orang.

“Not good enough untuk memisahkan dua jawatan tersebut, dia kena bebas.

“Sebab kalau ada dua orang pun , sekarang ada seorang yang pegang jawatan sebagai Peguam Negara merangkap Ketua Pendakwa Raya, Peguam Negara memainkan peranan sebagai penasihat undang-undang utama kepada kerajaan dan Ketua Pendakwa Raya handle semua pertuduhan.

“Jadi ada dua orang berbeza, tapi masalah kalau tak bebas sama juga.

Khairy turut memetik ucapan Azalina tahun lalu yang mengatakan jawatan Peguam Negara penting bagi Perdana Menteri dan harusnya diisi dengan orang sealiran.

Menurut Khairy, Azalina menyebut, “pemilihan Peguam Negara akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sesiapa pun jadi Perdana Menteri, Peguam Negara mesti ‘orang dia’ sebab dilantik.

Tegas Khairy lagi meskipun hasrat kerajaan mahu memisahkan tugas namun niat masih nak kawal Peguam Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat