Peruntukan pembangkang sepatutnya automatik, tak perlu bincang – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuntut ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang berunding terlebih dahulu Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi mendapatkan peruntukan adalah tidak wajar.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan sepatutnya peruntukan kepada ahli Parlimen disalurkan secara automatik dan tidak perlu sebarang rundingan.

“Kenapa kena bincang? Sepatutnya kena jadi automatik kerana mereka adalah ahli Parlimen yang dipilih rakyat dan sewajarnya mendapat peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Kenapa kena bincang? Mereka dah menang dan kini wakil rakyat. Jadi sepatutnya dapat (peruntukan) barulah reforamsi institusi.

“Saya harap lepas ini tak perlu bincang, tak perlu dilabel angkuh dan sombong lagi,” ujar Khairy dalam podcast Keluar Sekejap pada Rabu.

Sementara itu, Khairy mempersoalkan rasionalisasi Perdana Menteri menuntut rundingan dengan pembangkang itu sedangkan ia tidak perlu.

Shahril menyatakan, mungkin Kerajaan Perpaduan bimbang sekiranya menyalurkan peruntukan sama kepada lawan maka lawan boleh menang jadi tidak boleh bantu sedikit pun.

“Bagi lebih mudah dia nak mempertahankan kerusi dia, susah kita nak calon kita menang dalam pilihan raya akan datang.

“Ini soal keadilan, parti induk ialah PKR iaitu Parti Keadilan Rakyat namun, reforamsi agak terbantut,” tegas beliau.

Semalam, Anwar menegaskan hanya akan menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang selepas rundingan.

Beliau mengingatkan sekiranya pembangkang terus sombong tapi menuntut peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ia tidak akan diluluskan.

Di Dewan Rakyat pada Selasa, Anwar membidas ahli-ahli Parlimen pembangkang yang didakwa sombong kerana menuntut peruntukan wakil rakyat tapi enggan berunding dengan kerajaan.

Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, beliau telah melantik Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi merundingkan hal peruntukan itu seperti mana yang dilaksanakan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ini tak payah sign dan bincang…kata ini hak kami, ini bukan hak ahli Parlimen.

“Runding setuju kita luluskan, kalau tak sampai bila-bila pun kita tak luluskan.

“Runding, jangan sombong dan angkuh tuntut,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat