Tak perlu tunggu 8 bulan, Dr Akmal sudah sediakan meja, kerusi untuk sekolah agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Masalah ketiadaan kerusi dan meja sehingga menyebabkan pelajar di sebuah sekolah agama di Melaka terpaksa menjalani pembelajaran di lantai berjaya diselesaikan Dr Akmal Saleh dalam tempoh 24 jam.

Perkembangan tersebut dikongsikan ADUN Merlimau itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Berdasarkan video berdurasi lebih dua minit itu, sebanyak 36 kerusi dan meja disediakan kepada kelas tersebut.

“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam (tempoh) 24 jam. Tak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.

“Semoga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

Sebelum itu, Dr Akmal ‘mengamuk’ selepas mendapat tahu pelajar di sekolah tersebut tidak mempunyai meja dan kerusi untuk belajar.

Akmal juga terkejut apabila diberitahu kelengkapan itu tidak disediakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), meskipun telah menerima peruntukan akhir tahun lalu.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, bantuan berkenaan merupakan keperluan yang mendesak bagi mewujudkan persekitaran yang baik untuk pelajar.

“Jadikan ini, isytihar aset sahaja. Kalau lagi tiga bulan dapat (kerusi dan meja) pandailah ustazah masukkan ke kelas baru yang lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat