Kerajaan Akan Pastikan Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Di Luar Negara Selamat Dibawa Pulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited membantu dan menyelesaikan isu rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, ekoran sindiket penipuan kerja seperti yang disuarakan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah pun mengadakan perjumpaan dengan Presiden MCCC, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim serta ahli keluarga mangsa-mangsa sindiket bagi mendapatkan maklumat terperinci, untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet esok.

“Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara seperti di Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja.

“Usaha-usaha sedang dilaksanakan melalui semua saluran yang ada dan kerajaan akan memastikan mereka dibawa pulang dengan selamat,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri menasihatkan seluruh Keluarga Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara.

“Keluarga Malaysia perlu menyemak kesahihan tawaran kerja di luar negara melalui Wisma Putra, bagi mengelakkan diri daripada terjebak menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan,” seru beliau.

Pada 9 September lalu Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata seramai 118 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan, dengan terkini 24 orang telah dibawa balik daripada Phnom Penh pada Jumaat.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam mengesan dan menyelamatkan mangsa sindiket tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat