“Kasi Bagus Itu Jalan”- Tuntut Rakyat Sabah Kepada Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesilapan memilih kerajaan memerintah merencatkan pembangunan ekonomi negara sekali gus memberi kesan kepada rakyat.

Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan rakyat agar tidak mengulangi kesilapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Jangan ulangi kesilapan seperti PRU-14 sehingga tiada satu pun parti yang dominan untuk menjadi kerajaan.

“Kesilapan memilih itu menyebabkan ketidakstabilan politik negara hingga sekarang,” kata Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menegaskan situasi ini bukan satu gambaran yang baik kerana kerajaan memerintah terumbang-ambing merencatkan pembangunan negara.

Pun begitu komen-komen yang diterima dalam hantaran tersebut nampaknya tidak menyebelahi kenyataan beliau.

Sebagai Menteri Kerja Raya Sabah, Bung Moktar dikritik gagal menyelesaikan masalah jalan raya di negeri itu.

Malah ada yang merungut keadaan jalan raya berlubang, jambatan rosak dan juga tidak berpuas hati kerana apabila rakyat beri kuasa Umno tidak bekerja untuk rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat