JBPM Temui Jengkaut Kedua Di Lokasi Runtuhan Kuari

- Advertisement -

IPOH – Satu lagi jengkaut ditemukan hari ini di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai yang berlaku pada Mac lalu.

Penolong Pengarah Operasi, JBPM Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, bangkai jengkaut itu ditemukan jam 5.02 petang pada jarak kira-kira tiga meter daripada lokasi jengkaut pertama dijumpai.

“Unit K9 digerakkan ke lokasi jengkaut berkenaan. Bagaimanapun kedudukan mangsa belum diperoleh dengan tepat disebabkan timbunan batu besar di atas jengkaut terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan operasi hari ini dihentikan buat sementara waktu jam 7 malam tadi dan akan disambung semula 8 pagi esok.

Terdahulu, media melaporkan jengkaut bersama cebisan baju dan tulang ditemukan di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini, pada Mac lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman dilaporkan berkata, bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan cebisan baju dan tulang berkenaan adalah milik siapa.

Cebisan tulang dan rangka manusia yang dijumpai itu dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Dalam kejadian 9.15 pagi 8 Mac lalu, dua mangsa, Itam Lasoh, 43 dan Kheow Loo Siew Soon, 49, dilapor tertimbus dalam insiden runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, di Simpang Pulai di sini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat