Tragedi Kepala Air Jerai, Takdir Tuhan Bukan Angkara Pembalakan – Takiyuddin Jawab Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa tragedi bencana kepala air Gunung Jerai langsung tidak membabitkan aktiviti pembalakan sebaliknya takdir Allah.

Ahli Parlimen (PAS-Kota Bharu) itu menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa aktiviti pembalakan cuba disembunyikan kerajaan sehingga mengakibatkan bencana yang merosakkan kira-kira 800 keluarga penduduk kampung terbabit.

“Saya turun sendiri ke tempat itu (Gunung Jerai), saya melihat pokok-pokok yang dibawa turun oleh kepala air ini bersekali dengan akar.

“Air dan akar menunjukkan tidak ada pembalakan di kawasan Jerai ini, inilah disebut takdir Allah… kena letak juga kepada Allah,” jawab Takiyuddin di Parlimen pada Isnin.

Sebelum itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengkritik bahawa masalah-masalah ‘nature’ tidak seharusnya meletakkan kesalahan kepada Tuhan semata-mata sedangkan manusia yang bertindak merosakkan balak.

Pun begitu, Takiyuddin memaklumkan KeTSA melalui Jabatan Perhutanan akan melaksanakan restorasi di kawasan hutan tersorot termasuk di kawasan Jerai.

Katanya, sebanyak RM75 juta telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan untuk tujuan tanam semula itu.

Jelas Takiyuddin lagi sejak dari 2014, walaupun sejak dari tahun 2014 sehingga 2019 sebanyak 25,000 hektar telah diluluskan lesen untuk balak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) tetapi HSK Ulu Muda ini tidak dibalak langsung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat