Bekas Banduan Dicekup, 160,000 Pil Kuda Dirampas

- Advertisement -

KOTA BHARU – Seorang bekas banduan di Thailand tidak sempat mengedar sebanyak 160,000 biji pil kuda bernilai RM1.76 juta selepas dicekup dalam serbuan di depan sebuah rumah di Kampung Kubang Kacang, di sini kelmarin.

Lelaki yang juga warga Thailand berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.45 malam, selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan dijalankan, suspek didapati memegang guni berwarna putih.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam guni itu kemudiannya membawa kepada penemuan 17 bungkusan berisi 100,000 biji pil kuda dan selepas sesi soal siasat, suspek membawa pihak polis ke sebuah stor di belakang rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di dalam stor berkenaan telah menjumpai sebanyak 60,000 biji lagi pil kuda. Siasatan mendapati, suspek mempunyai dokumen sah untuk masuk ke negara ini dan bekerja di sebuah restoran di sini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, hasil semakan turut mendapati, suspek baru sahaja bebas dari penjara di Thailand atas kesalahan jenayah.

Tambah Muhamad Zaki, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat