Rahmad Mega pilih Amanah, Mat Sabu ucap selamat datang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu mengalu-alukan penyertaan penyanyi rock tanah air Rahmad Tohak atau nama pentasnya Rahmad Mega menyertai parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, penyertaan Rahmad memberi suntikan semangat baharu kepada Amanah.

“Alhamdulillah, semalam, penyanyi rock tanah air Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega, secara rasmi menyertai Parti Amanah.

“Bang Mat mengalu-alukan penyertaan beliau sebagai satu suntikan semangat baru dalam gerakan politik kita, gerakan yang mendekati rakyat bukan hanya melalui ceramah dan forum, tetapi juga melalui seni, budaya dan suara hati nurani masyarakat.

“Amanah percaya bahawa seni adalah medium yang kuat untuk membina jiwa bangsa. Dengan kehadiran Rahmad, kita yakin suara kita akan lebih bergema dan sampai ke hati rakyat.

“Selamat datang ke dalam keluarga besar Amanah, Rahmad. Ayuh kita terus melangkah bersama, demi Malaysia yang lebih adil, progresif dan berjiwa rahmah! kata Mat Sabu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat