‘Kak Dib sangat prihatin’ – Sharifah Amani

- Advertisement -

“Dia (Allahyarham Adibah Noor) selalu cakap tak mengapa sayang, Allah ada.”

Itu pesanan Allahyarham Adibah Noor kepada pelakon Sharifah Amani yang diingat sampai bila-bila.

Sharifah Amani yang pernah berlakon dengan Adibah dalam filem Sepet berkata, Allahyarham juga seorang yang sangat penyayang bukan saja kepada manusia tapi juga haiwan seperti kucing.

“Kak Dib (Adibah Noor) layan semua orang sama dan cara dia menyayangi sesama manusia dan haiwan juga sama. Dia seorang yang sangat penyayang dan penuh dengan kasih sayang.

“Dia seorang insan yang sangat prihatin, sangat berkasih sayang dengan semua orang, dan dia juga seperti seorang kakak buat saya.

“Kami di dalam kumpulan sama di mana kami pernah bersama menjayakan filem Yasmin Ahmad. Jadi sejak itu kami sudah seperti sebuah keluarga,” katanya.

Dalam masa sama, Sharifah Amani berkata, Allahyarham juga tidak pernah berkira dalam segala perkara.

“Dia juga antara insan yang memberi kembali pada rakyat dan seorang yang sangat sayangkan kerjayanya.

“Sifat dimiliki itulah yang membuatkan kak Dib sangat disayangi ramai. Kak Dib tidak ubah seperti seorang kakak,” katanya.

Sharifah Amani yang mesra disapa Nani antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, semalam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat