Search serah pada peguam

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud menyerahkan kepada peguam mereka berhubung tuntutan syarikat Afjets Sdn Bhd (Afjets) meminta Search menyelesaikan pembayaran tuntutan ganti rugi khas berjumlah hampir RM500,000 dalam tempoh terdekat ini kepada syarikat itu seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Ogos 2017.

Nasir ketika dihubungi berkata, dia tidak boleh mengulas apa-apa mengenai perkara itu memandangkan isu yang dibangkitkan itu membabitkan banyak pihak.

“Apa pun, kami menyerahkan semuanya kepada peguam Search iaitu Yusmadi,” katanya kepada Harian Metro.

Afjets adalah syarikat yang sepatutnya menaja dan menganjur Konsert Search 35 Tahun yang dirancang untuk diadakan pada 2016 tetapi kemudian dibatalkan oleh anggota kumpulan rock itu.

Susulan pembatalan siri konsert terbabit, Afjets mengambil tindakan mahkamah terhadap kumpulan Search.

Pada 18 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tiga anggota kumpulan Search iaitu Nasir Daud, Noordin Mohd Taib dan Hamzah Mohd Taib (Kid) membayar hampir RM500,000 sebagai ganti rugi khas kepada Afjets kerana melanggar perjanjian berhubung pembatalan konsert mereka. Afjets juga diputuskan berhak untuk menerima ganti rugi am yang belum ditaksirkan yang dijangka tidak kurang daripada RM1 juta.

Terdahulu, peguam Afjets, Datuk Adnan Seman dari Tetuan Adnan Sharida & Associates dalam satu kenyataan berkata, penganjuran dua konsert berasingan iaitu Konsert Search Endemik dan Search Rockin’ On Rooftop, baru-baru ini yang dijayakan anggota Search yang kini bergerak berasingan membayangkan Search kini sudah kembali ke landasannya dan boleh melunaskan segala komitmen kewangannya yang tertunggak.

Katanya, Afjets juga mengambil perhatian dengan pengumuman pihak pengurusan Search yang dianggotai Noordin dan Kid mengenai siri konsert jelajah di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dijangka berlangsung antara Ogos ini hingga Mac tahun depan.

“Pihak Afjets terkejut dan memandang serius pengumuman itu kerana selepas hampir lima tahun, Afjets masih lagi menunggu maklum balas daripada Search mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu.

“Afjets akan mengambil langkah wajar dalam masa terdekat ini untuk melaksanakan keputusan mahkamah bagi mendapatkan pampasan sebanyak hampir setengah juta Ringgit dan ganti rugi am yang belum ditaksir,” katanya.

Adnan berkata, Afjets sudah memberikan tempoh yang agak lama untuk Search mengatur semula kedudukan kewangan mereka.

 

Nasir Daud.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat